Microsoft Syarikat Terkini Yang Menarik Diri Dari GDC

Acara Game Developers Conference nampaknya sedang mengalami krisis terbesar akibat wabak COVID-19 yang sedang menular diseluruh dunia sekarang. Jika sebelum ini, syarikat-syarikat seperti Sony, Facebook, Kojima Productions dan Electronic Arts menarik diri daripada acara tersebut, kini tiba giliran Microsoft pula.

Sama seperti syarikat-syarikat lain, Microsoft menggunakan sebab kesihatan umum dan juga para pekerja mereka untuk mengundurkan diri dari acara tersebut.

Walaupun begitu, Microsoft mengatakan bahawa mereka akan memperlihatkan pelbagai berita mengenai produk dan perkhidmatan baru melalui sebuah acara atas-talian yang akan berlangsung sekitar 16-18 Mac kelak.

Menurut pengumuman Microsoft, diantara topik-topik yang akan dibincangkan sewaktu acara tersebut termasuklah:

  • Ceramah mengenai pembangunan teknologi penstriman dan permainan
  • Perbincangan dengan ketua industri mengenai perkembangan pembangunan permainan
  • Aktiviti-aktiviti disebalik tabir dengan pembangun permainan popular seperti InXile, Double Fine, Rare, Obsidian dan sebagainya

Sohor Kini