Gearbox Software hari ini mengumumkan yang DLC kedua untuk Borderlands 3 iaitu “Guns, Love and Tentacles” akan dikeluarkan pada 26 Mac 2020. Selepas DLC pertama “Moxxi’s Heist Of The Handsome Jackpot” dikeluarkan pada 19 Disember lepas.

Penceritaan bagi DLC ini adalah memfokuskan kepada majlis perkahwinan di antara Wainwright Jakobs dan Sir Hammerlock di bandar Cursehaven. Tempat tersebut kemudiannya diserang oleh penjahat dan pemain perlu bersama dengan Jakobs, Hammerlock dan juga watak daripada Borderlands 2 iaitu Gaige.

DLC ini akan memerlukan Borderlands 3 akan tetapi bagi pemain yang tidak menghabiskan lagi ataupun tidak memulakan lagi permainan utama, ia boleh dimainkan secara terus kerana penjahat serta barangan yang diperoleh adalah berdasarkan tahap tersedia.

DLC boleh didapati kepada semua pemilik pas semusim ataupun dibeli secara berasingan, jika mengikut DLC pertama, dengan harga $11.99 (RM50).

Borderlands 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store ataupun di Steam yang akan mula tiba pada 13 Mac 2020.

Sohor Kini