Seperti yang dijanjikan oleh Koei Tecmo dan Team Ninja sebelum ini, Sesi demo terakhir “Last Chance Trial” buat Nioh 2 kini bermula secara rasmi. Demo ini bermula hari ini dan ianya akan tamat pada 1 Mac ini sekitar lewat malam khas di konsol PlayStation 4.

Seperti yang Koei Tecmo nyatakan, demo ini memerlukan pemain untuk sentiasa berada di atas-talian untuk bermainnya dan pemain tampaknya tidak perlu melanggan PlayStation Plus.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, sesi demo ini akan menyertakan 3 misi yang pemain boleh lakukan dan beberapa pengubah-suaian watak yang lebih mendalam. Menariknya, demo ini juga akhirnya akan memperlihatkan senjata baharu iaitu Switchglaive dan keupayaan untuk memanggil Yokai untuk membantu pemain bertempur.

Segala kemajuan permainan ini tidak akan dibawa ke permainan penuh apabila ianya dilancarkan, kecuali rekaan watak sahaja. Selain itu, jika pemain mempunyai fail penyimpanan permainan Nioh pertama, pemain juga boleh menggunakan watak William dari permainan pertama.

Jadi bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui PSN Store yang mana ianya bersaiz sekitar 13GB. Anda boleh ke pautan rasmi di bawah untuk memuat-turunnya di konsol PlayStation 4 anda.

Muat-Turun: Nioh 2 Last Chance Trial

Sohor Kini