Informasi Permainan Video Terkini
Borderlands 3 Bakal Tiba Di Steam Pada 13 Mac Ini
PC

Borderlands 3 Bakal Tiba Di Steam Pada 13 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh 2K Games sebelum ini, Borderlands 3 akhirnya akan tiba di Steam yang mana hari ini 2K Games mengumumkan tarikh pelancarannya iaitu 13 Mac 2020 ini.

Borderlands 3 di PC sebelum ini eksklusif di Epic Game Store selama 6 bulan yang mana kini di Steam, ianya disahkan bakal tiba bersama-sama dengan edisi permainan dan pas musim yang boleh didapatkan secara berasingan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Steam permainan ini untuk meletakkan di senarai hajat anda dan mendapat pemberitahuan setelah ianya dilancarkan kelak.

Borderlands 3 telah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum telah mengeluarkan ulasan untuknya, dan merasakan ia adalah antara permainan looter shooter terbaik.


TIPS & ULASAN