Setiap bulan terdapat lebih 700 permainan dilancarkan di Steam, menjadikan ia satu gedung permainan video yang mempunyai jumlah permainan yang sangat banyak.

Ia mungkin satu perkara yang baik, kerana memberikan pelbagai pilihan kepada pemain, akan tetapi ia juga sesuatu yang menjadikan sukar untuk sesetengah permainan dijumpai oleh pemain.

Bagi mengurangkan masalah tersebut, Steam telah memperkenalkan pelbagai penambahan untuk sistem carian mereka. Melalui sistem baharu ini, pemain boleh mencari permainan dengan menetapkan harga dan juga tag (mempunyai ataupun tanpa tag tertentu).

Jika anda ingin mencari permainan yang tidak pernah diketahui sebelum ini, pengguna juga kini boleh menyorok permainan yang “tidak diingini”, pemain yang sudah dibeli dan juga pemain yang sudah berada di dalam senarai hajat.

Selain itu, pengguna juga kini boleh mencari permainan yang menyokong bahasa tertentu dan juga infinite scrolling. Penambahan ini sudah tersedia di Steam.

Sohor Kini