Skip to main content

Polisi Bayaran Balik adalah satu perkara yang biasa untuk gedung-gedung digital permainan video terutama untuk PC, namun kebiasaannya ia mempunyai pelbagai syarat yang ketat untuk memastikan ia tidak disalah guna.

GOG iaitu gedung digital permainan video oleh CD Projekt mengumumkan Polisi Bayaran Balik baharu dan ia tampaknya lebih ringkas dan mudah. Sebelum ini, pelanggan yang telah memuat turun ataupun bermain permainan tersebut tidak boleh meminta bayaran balik melainkan permainan tersebut bermasalah.

Mengikut polisi baharu ini, kesemua pelanggan boleh meminta bayaran balik (termasuk juga pemain yang sudah mencuba permainan tersebut) selagi mana ia dilakukan dalam jangka masa 30 hari selepas pembelian. Setiap permintaan akan diuruskan secara satu persatu di mana GOG akan meminta sebab bayaran balik tersebut dilakukan.

Leave a Reply