Lenovo mengumumkan mereka kembali dengan Legion Battlecruiser iaitu trak yang diisi dengan pelbagai mereka berasaskan permainan video. Trak tersebut memulakan perjalanan ke Penang, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru;
- Queensbay Mall, Penang: 29 Februari – 1 Mac 2020
- Ipoh Parade, Ipoh: 7 Mac – 8 Mac 2020
- East Coast Mall, Kuantan: 14 – 15 Mac 2020
- Johor: Tempat dan tarikh akan diumumkan kemudian
Di dalam Legion Battlecruiser, pengunjung yang hadir dapat mencuba pelbagai peranti seperti Lenovo Legion C530 Cube, Lenove Legion Y545 dan juga Lenovo Legion Y7000.
Mereka juga boleh bermain pelbagai permainan seperti Call of Duty, Red Dead Redemption 2 dan FIFA 20 dan berpeluang untuk memenangi baucar diskaun yang bernilai sehingga RM350 untuk barangan Legion.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk membeli pelbagai barangan Lenovo dengan harga lebih murah. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Legion Malaysia.