Informasi Permainan Video Terkini
Roblox Mendapat Suntikan Dana RM630 Juta Dengan Nilaian Sebanyak RM16 Bilion

Roblox Mendapat Suntikan Dana RM630 Juta Dengan Nilaian Sebanyak RM16 Bilion

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Wall Street Journal melaporkan yang Roblox telah mendapat suntikan dana sebanyak $150 juta (RM630 juta) melalui “Series G Funding”, yang membawa nilaian untuk permainan tersebut setinggi $4 bilion (RM16 bilion).

Ia adalah peningkatan sebanyak $1.5 bilion (RM6.3 bilion) berbanding nilaian pada tahun lepas. Mereka juga mengumumkan yang Roblox kini mempunyai 115 juta pemain bulanan, peningkatan sebanyak 15 juta pemain berbanding Ogos tahun lepas.

Roblox merupakan permainan yang menjadi hub dalam talian untuk pemain melakukan akitivit bersama. Ia juga menawarkan gedung di mana pemain dan juga pembangun boleh menjual pelbagai barangan untuk digunakan di dalam permainan ini. Pada tahun 2018, ia menjana lebih $70 juta untuk pencipta awam.

Roblox sudah dikeluarkan untuk Xbox One, PC dan peranti pintar.


TIPS & ULASAN