Skip to main content

Bungie hari ini mengumumkan yang mod diminati ramai iaitu Trials of Osiris kembali ke Destiny 2 pada 13 Mac sebagai sebahagian daripada kandungan untuk musim baharu Season of the Worthy.

Ia adalah mod permainan pemain lawan pemain (PVP) seramai 3 lawan 3. Ia juga akan membawa bersama perisai, senajata dan peta daripada Destiny 1 seperti Cauldron, Exodus Blue dan Anomaly.

Mereka juga berkongsi video pembangun bercakap mengenai mod ini, dan anda boleh menontonnya melalui video kami sertakan di bawah. Destiny 2 telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Leave a Reply