Yacht Club Games, iaitu pembangun buat siri permainan Shovel Knight hari ini berkongsi satu penstriman khas seakan Nintendo Direct, iaitu Yacht Club Games Present yang mana mereka berkongsi beberapa permainan baharu dan pengumuman baharu berkenaan syarikat mereka. Ini merupakan penstriman kedua mereka selepas pengumuman mereka sebelum ini.

Melaluinya, pengarah untuk permainan Shovel Knight iaitu Sean Velasso berkongsi beberapa pengumuman melalui video di bawah.

Permainan pertama yang diumumkan adalah Cyber Shadow, iaitu permainan aksi platformer baharu oleh mereka yang memfokuskan bentuk dan tema Ninja futuristik. Permainan ini telah pun diumumkan sebelum ini, dan kini mereka mengumumkan yang mana ianya akan tiba sekitar suku ke-empat tahun ini.

Permainan ini dibangunkan oleh Mechanical Head Studios dan diterbitkan oleh Yacht Club Games yang mana ia bakal tiba di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Untuk versi Switch, Yacht Club Games juga umum sokongan Amiibo bersama Shovel Knight. Untuk informasi lanjut ianya boleh dilihat di sini.

Pengumuman seterusnya adalah berkenaan siri Shovel Knight di mana Yacht Club Games menyatakan siri tersebut telah pun terjual 2.5 juta salinan dan pelancaran permainan Shovel Knight baharu baru-baru ini, mereka kini akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan baharu iaitu Shovel Knight Pocket Dungeon.

Shovel Knight Pocket Dungeon merupakan permainan khas berdasarkan siri Shovel Knight yang dibangunkan oleh Vine dan Yacht Club Games sendiri. Melaluinya, ianya adalah permainan tekaria pengembaraan yang mempunyai elemen susunan kotak dan Dungeon Crawler.

Melalui permainan ini, mereka memperkenalkan watak baharu Puzzle Knight dan buat masa ini ianya sedang dibangunkan dan mereka akan umumkan beberapa informasi lanjut pada masa akan datang.

Shovel Knight Dig yang diumumkan sebelum ini juga mendapat beberapa kemaskini baharu seperti lokasi, musuh baharu yang sedang dibangunkan dengan pelbagai kandungan baharu. Mereka juga mengesahkan yang mana mereka akan menyertakan penceritaan dan watak baharu iaitu Hive Knight di mana pemain akan bertemu beliau ketika pengembaraan di dalam permainan tersebut.

Dari segi tarikh pelancaran, ianya akan tiba sekitar tahun hadapan. Namun platform masih belum dinyatakan.

Selain daripada itu, kemaskini buat permainan Shovel Knight Treasure Trove juga diumumkan yang mana ianya membaiki beberapa keseimbangan permainan dan mod baharu untuk Shovel Knight Showdown.

Selain itu, Yacht Club Games juga set pelekat untuk iMessage dan aplikasi Line yang mana ianya telah pun dilancarkan hari ini.

Akhir sekali, Yacht Club Games mengumumkan yang mana mereka kini sedang membangunkan dua lagi permainan baharu yang mana ianya disahkan adalah harta intelek baharu. Yacht Club Games juga mengesahkan yang mana permainan ini akan mengekalkan gaya ikonik mereka di mana ianya akan memfokuskan dari segi rekaan, watak dan penceritaan.

Semestinya untuk studio indie kecil, Yacht Club Games sememangnya menjadi satu pembangun ikon sejak pengumuman pertama permainan Shovel Knight mereka pada 2013 lepas dan kini ianya menjadi satu jenama permainan yang sangat terkenal di kalangan peminat.

Seperti biasa, kami akan kongsikan informasi lanjut setelah ia diumumkan kelak.

Sohor Kini