Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun Siri Rockband, Harmonix Umum Permainan Rentak Muzik Baharu Fuser

Pembangun Siri Rockband, Harmonix Umum Permainan Rentak Muzik Baharu Fuser

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Siri permainan rentak muzik Rockband adalah salah satu siri permainan kesukaan saya sendiri beberapa tahun lepas di mana ianya bukan sahaja memberi saya impian untuk menjadi seorang ahli muzik Rock, malah bentuk permainan rentak muziknya yang sangat nyata dengan perkakas gitar dan drum yang sangat unik.

Terkini, pembangun siri permainan tersebut iaitu Harmonix mengumumkan permainan seterusnya iaitu Fuser, iaitu satu permainan bertemakan rentak muzik DJ dan ia bakal tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC sekitar suku ke-empat tahun ini.

Menurut Harmonix, Fuser adalah evolusi permainan interaktif muzik seterusnya yang mana ianya membenarkan pemain untuk mengawal muzik dan mencantum pelbagai muzik lain yang terdiri daripada pelbagai artis ternama seperti Billie Eilish, Imagine Dragon dan sebagainya.

Melalui permainan ini, pemain bukan sahaja berupaya untuk mencantum suara, malah pelbagai alat muzik lain seperti Bass dan sebagainya untuk menghasilkan satu muzik yang unik dan inovatif.

Dari segi aspek permainan utama, ianya akan mempunyai bentuk kempen solo, bentuk bebas, multi-pemain dan keupayaan untuk berkongsi secara atas-talian.

Dari segi senarai lagu pula, Harmonix menyatakan permainan akan mempunyai lebih dari 100 lagu dan berikut adalah 16 yang disahkan setakat ini:

  • In Da Club – 50 Cent
  • Bad Guy – Billie Ellish
  • (Don’t Fear) The Reaper – Blue Oyster Cult
  • Don’t Let Me Down – The Chainsmokers Feat. Daya
  • Rock The Casbah – The Clash
  • The Rockafeller Skank – Fatboy Slim
  • Thunder – Imagine Dragon
  • Mi Gente – J. Balvin & Willy William
  • Born This Way – Lady Gaga
  • Old Town Road (Remix) – Lil Nas X Feat. Billy Ray Cyrus
  • Good As Hell – Lizzo
  • Party Rock Anthem – LMFAO Feat. Lauren Bennet & GoonRock
  • Stir Fry – Migos
  • Better Now – Post Malone
  • All Star – Smash Mouth
  • Regulate – Warren G & Nate Dogg

Jadi bagi anda yang berminat untuk menjadi seorang DJ ataupun berminat dengan genre permainan rentak muzik, semestinya ini adalah satu permainan untuk anda.

Kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN