Skip to main content

Kod Konami semestinya salah satu “tanda rahsia” di kalangan pemain yang mula diperkenalkan lebih dari 30 tahun dahulu melalui permainan Gradius dan kemudiannya melalui permainan Contra, yang membenarkan pemain untuk dapatkan 30 nilai nyawa.

Kod⬆️⬆️⬇️⬇️⬅️➡️⬅️➡️🅱️🅰️ ini boleh dikatakan satu legasi permainan video yang sering digunakan untuk mana-mana permainan video mahupun media filem, dan juga ianya disertakan di bawah alat kawalan Google Stadia sebagai satu rujukkan untuk satu kod penipuan permainan yang sangat terkenal.

Terkini, menurut kenyataan yang dikongsikan oleh Konami, Kazuhisa Hashimoto iaitu pencipta kod tersebut disahkan meninggal dunia awal pagi ini pada usia 61 tahun.

Dengan kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan takziah buat keluarga Kazuhisa Hashimoto dan juga ribuan terima kasih atas kenangan dan bantuan ketika sesi permainan Contra di zaman kanak-kanak kami.

Leave a Reply