Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco, DLC kedua buat permainan aksi Code Vein akhirnya dilancarkan secara rasmi minggu ini.

Dengan nama Frozen Empress, DLC penambahan ini memfokuskan kandungan baharu yang mana pemain berupaya untuk bertempur dengan musuh baharu iaitu Frozen Empress Of The Great Collapse Horror yang mana beliau mempunyai kuasa berelemen ais.

Selain itu, DLC ini juga akn menyertakan lokasi baharu iaitu Celestial Ice Prison dan pelbagai senjata, kelengkapan dan kelengkapan yang pemain boleh dapatkan melaluinya. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi penuh berkenaan DLC ini, anda boleh ke laman rasmi Bandai Namco.

Bagi anda yang berminat, DLC Frozen Empress ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM40 di PSN Store. Namun, bagi anda yang mempunyai pas musim ataupun edisi Deluxe buat permainan Code Vein, ianya juga kan disertakan secara bersama. Seperti yang dijanjikan oleh Bandai Namco sebelum ini, DLC seterusnya buat permainan tersebut akan tiba bulan Mac ini.

Code Vein telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply