Kemaskini: Pengumuman ketiga juga telah pun dilakukan iaitu pembukaan studio baharu di Tokyo. Platinum Games sebelum ini mempunyai studio utama di Osaka, Jepun kini mengmumkan yang mana mereka akan membuka cawangan studio baharu di Tokyo.

Bagi anda yang berminat untuk bekerja di sana ataupun sebarang informasi lanjut berkenaan Studio di Tokyo tersebut, anda boleh ke pautan rasmi Platinum Games.

Dengan pengumuman ke-3 ini, semestinya Platinum Games mempunyai satu lagi pengumuman yang belum dikongsikan untuk tahun ini.

Artikel Asal: Selari dengan 4 pengumuman yang diacahkan oleh Platinum Games untuk tahun ini selepas The Wonderful 101, mereka juga mengumumkan secara rasmi satu permainan baharu iaitu Project G.G.

Menurut Platinum Games, Project G.G. adalah permainan seterusnya oleh mereka yang akan diterbitkan oleh mereka sendiri dan ianya akan diarahkan oleh Hideki Kamiya. Namun dari segi informasi lain seperti platform dan tarikh pelancaran ianya masih belum diumumkan.

Namun, dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang anda boleh tonton di bawah.

Seperti yang anda tonton di atas, semestinya benda pertama yang kami teringat akan video acah tersebut adalah watak Ultraman. Meskipun begitu, kami percaya ianya mungkin hanya mempunyai konsep yang seakan sama dan masih lagi akan mengekalkan bentuk permainannya tersendiri.

Berdasarkan apa yang dilihatkan, Project G.G. seakan satu permainan aksi pertempuran yang memfokuskan pemain untuk bermain seorang adiwira yang berupaya untuk menjadi besar untuk bertempur raksasa “Kaiju”. Walaubagaimana pun, semestinya ini hanyalah pemerhatian kami terhadap video acah di atas sahaja.

Hideki Kamiya juga berkongsi beberapa kenyataan yang mana, Project G.G. semestinya bukan nama akhir permainan tersebut dan dengan penerbitan sendiri, mereka juga mempunyai kebebasan untuk segala kandungan permainan tersebut. Dengan pengumuman ini, mereka juga mencari beberapa pembangun yang akan sertai pasukan mereka di mana untuk informasi lanjut berkenaannya, anda boleh ke pautan ini.

Semestinyya kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk melihat apa yang bakal Platinum Games bawa untuk permainan ini kelak. Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya oleh Platinum Games.

Sohor Kini