Skip to main content

Pada akhir tahun lepas, senarai pasukan yang akan menyertai League of Legends Pacific Championship Series telah diumumkan, dan kejohanan yang menggantikan The League Master Series dan Southeast Asia Tour (LST) ini akan bermula pada hujung minggu ini.

Ia akan bermula setiap 5 petang pada 29 Februari ini dan 1 Mac untuk minggu ini, kemudiannya setiap Jumaat sehingga Ahad pada minggu-minggu berikutnya.

Jika anda berminat untuk mengikuti kejohanan ini, eGG Network akan menyiarkan melalui CH800 di Astro ataupun melalui Twitch (https://www.twitch.tv/lolpacific) dan Youtube (https://www.youtube.com/lolpacific) rasmi untuk kejohanan ini.

Leave a Reply