Kojima Productions hari ini mengumumkan ketua pemasaran dan komunikasi baharu dilantik hari ini iaitu Jay Boor yang mana beliau akan bertanggungjawab untuk segala pemasaran permainan oleh Kojima Productions pada masa akan datang.

Jay Boor sebelum ini sangat terkenal sebagai dengan kerjaya pemasaran beliau di pelbagai syarikat seperti Riot Games, Konami, SEGA, 2K Games dan juga Codemaster.

Menurut Jay Boor, beliau sangat berbesar hati untuk dapat kembali bekerja bersama Hideo Kojima dan pasukan-pasukan pembangun Kojima Productions. Beliau juga memuji segala arahan permainan yang dihasilakn oleh Hideo Kojima dan dengan penglibatan beliau untuk masa akan datang, beliau harap dapat membawa lebih banyak peningkatan jenama bagi Kojima Productions.

Dengan kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Jay Boor dan Kojima Productions dengan pelbagai rancangan mereka pada masa akan datang, dan termasuklah pelancaran Death Stranding di PC pada sekitar tahun ini.

Sohor Kini