Skip to main content

Netmarble merupakan penerbit bagi permainan mudah alih Marvel: Future Fight yang dikeluarkan pada tahun 2015, selepas kejayaan permainan tersebut tampaknya Netmarble akan mengeluarkan satu lagi permainan mudah alih berdasarkan Marvel.

Permainan mudah alih tersebut akan diumumkan semasa panel Marvel Mystery di PAX East yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac, 4.30 pagi. Buat masa ini tidak disahkan jika ia permainan seakan Marvel: Future Fight ataupun akan menyediakan satu bentuk permainan yang berbeza.

Panel tersebut akan dihadiri Naib Presiden Marvel New Media Ryan Penagos, Naib Presiden Marvel Games Bill Rosemann, Penulis Marc Sumerak, Presiden Netmarble AS Simon Sim dan Pengarah Marvel Games Danny Koo.

Leave a Reply