Informasi Permainan Video Terkini
Facebook Membeli Syarikat Pembangun Disebalik Asgard’s Wrath
PC

Facebook Membeli Syarikat Pembangun Disebalik Asgard’s Wrath

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Facebook mungkin lebih dikenali sebagai syarikat pemilik platform media sosial, tetapi mereka juga melaburkan banyak wang didalam industri permainan komputer, khususnya syarikat naungannya, Oculus yang membangunkan peranti realiti maya Oculus Rift.

Beberapa bulan selepas membeli Beat Games yang membangunkan Beat Saber, Facebook dilaporkan telah mengambil alih sebuah lagi syarikat pembangun permainan realiti maya Sanzaru Games yang telah membangunkan permainan RPG pengembaraan realiti maya Asgard’s Wrath.

Menurut Mike Verdu, Pengarah Kandungan AR dan VR di Facebook, Sanzaru Games akan kekal beroperasi di pejabat-pejabat mereka di Amerika Syarikat dan juga Kanada, walaupun mereka secara rasminya akan diserapkan kedalam pasukan realiti maya di Oculus Studios.

Dari segi pembangunan permainan, Sanzaru Games akan kekal membangunkan kandungan mereka sendiri tanpa halangan, tetapi mungkin akan memfokuskan kepada platform Oculus terlebih dahulu sebelum peranti-peranti realiti maya yang lain seperti HTC Vive.


TIPS & ULASAN