Temtem merupakan permainan MMO menangkap binatang yang dikeluarkan di Steam secara akses awal pada 21 Januari lepas. Ia boleh dikatakan permainan yang mengambil inspirasi daripada siri permainan popular Pokemon oleh Nintendo.

Ia dibangunkan oleh Crema dan diterbitkan oleh Humble Bundle.

Minggu lepas, Temtem merupakan antara permainan terlaris di Steam sepanjang bulan Januari, dan minggu ini, diumumkan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 500 ribu unit.

Walaupun masih di peringkat akses awal, ia telah mendapat penerimaan yang baik di Steam dengan setakat ini mendapat ulasan “Very Positive” dengan jumlah ulasan lebih 16 ribu pemain.

Temtem juga diumumkan untuk konsol akan tetapi masih tidak menerima sebarang tarikh pengeluaran. Jika berminat, anda boleh dapatkan di Steam dengan harga RM59.

Sohor Kini