Selain mengumumkan cabaran di dalam permainan Mardi Grash Ashe, Blizzard juga menganjurkan cabaran mingguan yang menawarkan hadiah seperti Nintendo Switch dan juga kredit untuk Blizzard Balance untuk pemain dengan jumlah kemenangan terbanyak bagi setiap minggu.

Pemain yang mendaftar untuk menyertai cabaran ini hanya perlu bermain dan cuba untuk mendapatkan jumlah kemenangan terbanyak. Kiraan jumlah kemenangan dibahagikan kepada dua minggu iaitu;

  • Minggu Pertama – 26 Februari sehingga 3 Mac
  • Minggu Kedua – 4 Mac sehingga 10 Mac

Jumlah kemenangan adalah berdasarkan perlawanan untuk mod Quick Play, Competitive Play dan Arcade. 10 pemain dengan jumlah kemenangan terbanyak untuk setiap minggu akan memenangi hadiah berikut;

  • Tempat Pertama: Nintendo Switch
  • Tempat 2-10: $50 (RM212) kredit Blizzard Balance

Anda boleh layari pautan kami sediakan di bawah untuk mendaftar dan juga mendapatkan informasi lanjut. Cabaran ini terbuka kepada semua pemain dari Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Daftar Cabaran Mingguan Ashe’s Mardi Gras

Sohor Kini