Skip to main content

Team SMG minggu ini mengumumkan secara rasmi penglibatan mereka di dalam kejohanan esukan untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang dengan mengambil alih pasukan daripada Malaysia iaitu Makan Cendol.

Makan Cendol ataupun kini dikenali sebagai Team SMG terdiri daripada 6 pemain yang dilatih oleh Ahmad “Bonezzyy” Syazwan dan diurus oleh Muhamad “Padel” Fadil. Berikut adalah senarai pemain;

  1. Mohammad “Ax” Aiqal
  2. Mohammad “Artha” Al Hatta
  3. Mohammad “Raisyaa” Zaim
  4. Aeliff “Smooth” Adam
  5. Muhammad “Tacuz” Fairuz
  6. Muhammad “Kuku” Siddiq Fadhil

Mereka sebelum ini bersama dengan Orange Esports adalah dua pasukan dari Malaysia yang melayakkan diri kejohanan Mobile Legends Professional League melalui pusingan kelayakan.

Kejohanan tersebut akan bermula pada 29 Februari 2020 sehingga 5 April 2020.

Leave a Reply