Minggu lepas telah diumumkan yang PlayStation membatalkan perancangan mereka untuk menghadiri PAX East, pengumuman tersebut kemudiannya diikuti oleh Capcom dan juga Square Enix yang memberi sebab sama.

Hari ini, PUBG Corp juga mengumumkan mereka tidak akan menghadiri PAX East. Mereka sebelum ini merancang untuk menganjurkan acara di kawasan terdekat dengan PAX East akan menunda acara tersebut ke satu tarikh yang terkemudian.

Selain itu, CD Projekt Red walaupun tidak merancang untuk membawa permainan mereka ke PAX East, tetapi beberapa pekerja mereka akan menghadirinya, namun kini ia juga dibatalkan bagi memastikan kesihatan pekerja.

Namun, mereka masih merancang untuk menghadiri GDC yang berlangsung pada Mac ini, di mana dilaporkan sebelum ini Kojima Productions telah mengumumkan penarikan diri daripada GDC kerana sebab yang sama.

Penarikan diri ini sudah semestinya memberi kesan kepada pelbagai acara permainan video seperti PAX East dan GDC.

Sohor Kini