Disney hari ini mengumumkan yang Bob Iger melepaskan jawatan beliau sebagai CEO untuk Disney dan menjadi pengerusi eksekutif untuk syarikat tersebut sehingga 2021 sebelum beliau bersara.
Mereka juga mengumumkan Bob Chapek sebagai CEO baharu, beliau sebelum ini merupakan pengerusi untuk Disney Parks, Experiences and Products dan bersama dengan syarikat tersebut sejak tahun 1993.
Bob Iger sudah memegang jawatan sebagai CEO untuk Disney sejak tahun 2005 dan sepanjang itu beliau menyelia pengambil-alihan pelbagai syarikat seperti Pixar pada tahun 2006, Marvel pada tahun 2009, Lucasfilm pada tahun 2012 dan 21st Century Fox pada tahun 2019.