Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Samurai Jack: Battle Through Time Diumumkan – Bakal Tiba Sekitar Tahun Ini

Permainan Samurai Jack: Battle Through Time Diumumkan – Bakal Tiba Sekitar Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Siri animasi Samurai Jack semestinya salah satu siri kartun yang sangat terkenal di Cartoon Network beberapa tahun lepas yang mana ianya mempunyai sejumlah 4 musim di Cartoon Network dan 1 musim baharu di Adult Swim.

Terkini, Adult Swim Games dan Soleil akan membawa kembali siri ini melalui permainan baharu, Samurai Jack: Battle Through Time yang mana ianya bakal tiba sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Jika anda mengikut siri Samurai Jack, anda sendiri pasti mengetahui pertempuran antara Samurai Jack dan Aku yang mana mereka sering bertempur dari masa lampau sehinggalah masa hadapan. Menariknya, kelihatan permainan ini juga akan menyertakan beberapa lokasi dari siri asal Samurai Jack di samping dengan pelbagai jenis senjata yang pemain boleh gunakan.

Berdasarkan video acah diatas, kelihatan permainan ini juga akan menyertakan bentuk aksi pengembaraan yang mana pasti akan menjadi satu permainan aksi yang peminat nantikan untuk siri Samurai Jack.

Menurut laporan IGN, permainan ini ditulis oleh penulis utama asal siri tersebut iaitu Darrick Bachman. Namun buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN