Dengan pelancaran permainan perlawanan One Punch Man: A Hero Nobody Knows yang bakal tiba minggu ini, Bandai Namco hari ini berkongsi satu video acah baharu buat permainan tersebut yang mana ianya memperlihatkan beberapa bentuk permainan Saitama dan juga mengumumkan pas musim permainan tersebut.

Seperti yang anda tonton di atas, One Punch Man: A Hero Nobody Knows akan menyertakan pas musim khas dengan watak-watak DLC bermula dengan watak Suiryu yang bakal tiba April ini. Watak-watak tersebut kemudian akan dilancarkan secara berperingkat sekitar tahun ini.

Sebelum ini kami juga berkongsi yang mana permainan ini mempunyai sistem berbeza untuk watak Saitama, memandangkan beliau mempunyai serangan hebat yang akan terus menewaskan musuh, Bandai Namco mengubah sedikit beberapa aspek bentuknya untuk keseimbangan permainan.

One Punch Man: A Hero Nobody Knows akan dilancarkan pada 28 Februari 2020 ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia sudah boleh dipra-tempah dengan pelbagai ganjaran bonus untuk pra-tempahan awal.

Sohor Kini