Dengan pelancaran Street Fighter V: CHampion Edition minggu lepas, hari ini Capcom mengumumkan salah satu mod baharu yang diperkenalkan melalui edisi tersebut boleh dicuba buat pemain Malaysia.
Mod kejohanan ataupun Tournament Mode adalah mod khas yang disertakan di dalam permainan ini yang mana pemain akan bertempur dengan pemain lain dari seluruh dunia secara atas-talian. Mod ini sebelum ini hanya boleh diakses dan dicuba buat pemain Amerika Syarikat dan Jepun sahaja, namun kini, Capcom akhirnya membuka mod ini buat pemain Malaysia secara rasmi.
Melalui sesi percubaan mod kejohanan ini, ianya merupakan sesi ketiga sepanjang ianya dijalankan dan ianya boleh didaftar melalui Discord rasmi permainan ini bermula 10 Februari sehingga 12 Mac 2020 ini ataupun setelah penyertaan lengkap iaitu sekitar 64 pasukan. 1 pasukan memerlukan 3 pemain dan ianya berbentuk pertarungan tunggal.
Manakala sesi percubaan tersebut pula akan berlangsung pada 15 Mac 2020 ini pada jam 1 tengah hari sehingga 5 petang mengikut waktu tempatan.
Semestinya bagi pemain yang memasuki sesi percubaan ini, Capcom akan menyediakan beberapa ganjaran seperti lambang “Esports Player” dan 10 tiket Fortune. Sesi percubaan ini juga adalah terbuka buat semua pemilik permainan Street Fighter V di konsol PlayStation 4 dan di PC.
Untuk informasi lanjut kejohanan tersebut, anda boleh ke laman rasminya melalui pautan di bawah.
[info] Layari: Street Fighter V Mod Kejohanan Open Beta Test 3 [/info]