Team17 hari ini mengumumkan yang mana mereka akan bekerjasama bersama pembangun tempatan, iaitu One Morre Dream Studios untuk permainan pertama mereka iaitu Ageless.
Ageless merupakan permainan tekaria platformer yang bakal tiba di konsol Switch dan PC. Menariknya, permainan ini akan memfokkuskan pemain untuk memanipulasikan flora dan fauna dengan tekaria dan penceritaan yang menarik.
Melalui Ageless, pemain akan bermain sebagai Kiara, seorang wanita yang menjumpai satu busur ajaib yang berupaya untuk mengawal masa apabila ianya ditembak.
Menariknya, bagi pemain yang menembak haiwan atau tumbuh-tumbuhan, pemain boleh mengawal masa objek tersebut ke masa hadapan atau masa lampau yang mana ianya juga akan digunakan sebagai bentuk tekaria dan platformer permainan ini untuk pemain bergerak, bertempur musuh dan sebagainya.
Seperti yang kami nyatakan di atas, permainan ini dibangunkan oleh pembangun tempatan dari Malaysia sendiri iaitu One More Dream Studios, dan ketua pembangun studio tersebut iaitu Bala Vicknesh menyatakan yang mana mereka sangat berbesar hati untuk bekerjasama bersama Team18 yang mana terkenal dengan pelbagai permainan indie yang diterbitkan oleh mereka. Menurut beliau lagi, Ageless telah dibangunkan dalam beberapa tahun dan sekarang pembangunannya sudah hampir tamat dan mereka tidak sabar untuk pemain menikmati pengembaraan Kiara.
Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan ini masih belum diumumkan namun ianya dinyatakan bakal tiba sekitar tahun ini khas di Switch dan PC melalui Steam. Pastikan anda mengikuti akaun Twitter rasmi Ageless untuk mendapat informasi lanjut.