Skip to main content

DotEmu hari ini memperlihatkan video acah baharu buat permainan akan datang Streets Of Rage 4 khas di saluran rasmi Youtube mereka.

Melaluinya, mereka memperlihatkan beberapa bentuk permainan baharu buat Streets Of Rage 4 tersebut disamping memperkenalkan watak Floyd Iraia.

Floyd Iraia merupakan watak baharu yang diperkenalkan selepas Cherry Hunter dan kali ini, permainan ini bertempatkan 10 tahun selepas Streets Of Rage 3 yang watak terdahulu seperti Axel Stone, Adam Hunter dan Blaze Fielding bakal kembali sebagai watak yang boleh dimainkan.

Selain daripada itu, video acah ini juga memperlihatkan beberapa aspek multi-pemain yang mana secara atas-talian, permainan ini menyokong multi-pemain sebanyak 2 pemain serentak.

Menariknya, buat pertama kalinya Streets Of Rage 4 juga akan menyokong bentuk multi-pemain secara luar-talian sehingga 4 pemain. Sekaligus pemain boleh bermain 4 watak daripada 5 yang diperkenalkan serentak bersama rakan-rakan.

Streets Of Rage 4 bakal dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam.

Leave a Reply