Selepas pengumuman yang mana PlayStation dan Facebook tidak akan ke GDC (Game Developers Conferences) 2020 yang bakal berlangsung pada Mac ini, hari ini Kojima Productions juga mengumumkan yang mana mereka juga menarik dari penglibatan acara tersebut.

Menurut Kojima Productions, mereka menarik diri atas sebab koronavirus (Covid-19) yang semestinya adalah wabak yang sedang tular sekarang ini dan ianya sangatlah berisiko tinggi untuk berada di lokasi yang terdapat ramai pengunjung.

Selain itu, dengan pengumuman ini, Kojima Productions juga mengesahkan yang mana acara khas Hideo Kojima berasama Eric Johnson pada 16 dan 19 Mac 2020 ini juga dibatalkan.

Dengan keadaan sebegini, kami di Aksiz juga berharap seluruh warga Malaysia agar berhati-hati dengan wabak ini dan tidak ke sebarang acara mahupun negara yang mempunyai kes yang tinggi atas sebab keselamatan.

Sohor Kini