Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna akan ditayangkan di Malaysia dengan kerjasama Toei Animation dan ODEX Malaysia. Meskipun begitu buat masa ini, tarikh tayangannya masih belum diumumkan dan ia disahkan bakal tiba sekitar tahun ini.

Namun, buat pasaran Jepun, ianya sudah pun mula dipertayangkan hujung minggu lepas dan dengan pelancarannya, melalui akaun Twitter rasmi filem tersebut, Toei Animation berkongsi beberapa video acah, termasuklah video acah baharu yang memperlihatkan evolusi baharu buat WarGreymon dan MetalGarurumon.

Seperti yang anda lihat di atas, video acah tersebut memperlihatkan watak Taichi dan Yamato bersama Digimon mereka yang mana kelihatan ianya adalah evolusi baharu buat WarGreymon dan MetalGarurumon dengan rupa bentuk manusia. Ini bukan kali pertama untuk Digimon mempunyai rupa bentuk manusia di mana evolusi Gatomon dan Patamon sebelum ini juga mempunyai rupa manusia seperti Angemon dan Angewomon.

Semestinya buat masa ini kami sendiri di Aksiz tidak pasti sama ada evolusi adalah evolusi baharu ataupun satu bentuk baharu antara watak DigiDestined. Walaubagaimana pun, memandangkan kedua-dua Digimon tidak bergabung untuk membentuk Omnimon, kami percaya ini mungkin adalah satu evolusi seterusnya untuk Agumon dan Gabumon sendiri.

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna adalah filem sekuel kepada Digimon Adventure Tri yang bertempatkan 5 tahun selepas anime tersebut. Kali ini ia memfokuskan watak Taichi dan rakan-rakan yang sudah pun dewasa dan mereka perlu bertempur dengna satu Digimon berkuasa baharu iaitu Eosmon yang sekali lagi akan membawa bencana di bumi.

Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna disahkan bakal tiba di pawagam tempatan sekitar tahun ini.

Leave a Reply