Square-Enix hari ini akhirnya melancarkan permua Dragon Quest Of The Stars secara rasmi buat pasaran global di mana ianya adalah permua khas berdasarkan siri Dragon Quest yang dilancarkan di pasaran Jepun pada tahun 2015 lepas.

Terkini melaluinya pelancaran global ini, permua Dragon Quest Of The Stars boleh dimuat-turun secara percuma buat peranti iOS dan Android.

https://www.youtube.com/watch?v=DYFX-vev7wg

Seperti kebanyakan permua lain, Dragon Quest Of The Star membenarkan pemain untuk pemain menghasilkan watak sendiri dan mengembara di dalam dunia Dragon Quest dengan pasukan pengembara untuk bertempur dengan pelbagai jenis raksasa dan juga fungsi multi-pemain sehingga 4 pemain.

Seperti biasa, permainan ini juga menyertakan pelbagai kandungan mikro-transaksi dan langganan bulanan khas yang dipanggil Star Pass, di mana ianya akan menyertakan pelbagai barangan untuk pemain dapatkan.

Bagi anda yang berminat, permua ini boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android melalui App Store dan Google Play Store di bawah.

Muat-Turun iOS: Dragon Quest Of The Stars

Muat-Turun Android: Dragon Quest Of The Stars

Sohor Kini