Skip to main content

Melalui temu bual IGN bersama Tom Holland, beliau sendiri mengesahkan yang mana rakaman produksi filem aksi-nyata Uncharted akan bermula empat minggu lagi (Sekitar pertengahan Mac) yang mana beliau sendiri akan melakonkan sebagai watak Nathan Drake versi muda dan Mark Wahlberg disahkan akan berlakon sebagai watak Sully.

Melalui temu bual tersebut, Tom Holland menyatakan yang mana filem Uncharted tersebut akan banyak diambil inspirasikan berdasarkan permainan Uncharted 4: A Thief’s End dan jika anda bermain permainan tersebut, anda pasti mengingat saat Nathan dan abangnya Sam ketika di rumah anak yatim tersebut.

Buat masa ini, plot rasminya masih belum diumumkan dan berdasarkan temu bual di atas, Tom Holland menyatakan saat ketika Nathan Drake muda tidak diterokai dengan banyak walaupun di dalam permainan video. Sekaligus filem ini akan memenuhi jarak tersebut dan pada masa yang sama ianya akan dihasilkan secara global dengan pelbagai lokasi menarik.

Semestinya ini adalah satu berita yang dinantikan selepas tundanya filem tersebut akibat penukaran pengarah berkali dan buat masa ini, Ruben Fleischer dilaporkan akan mengarah filem ini.

Uncharted dijadualkan untuk ditayangkan pada 5 Mac 2021 ini dan seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Leave a Reply