Selepas pengumuman PlayStation tidak akan ke PAX minggu lepas, hari ini melalui laporan GameIndustry.Biz, Sony sekali lagi mengumumkan yang mana mereka tidak akan terlibat dengan acara GDC (Game Developers Conferences) yang bakal berlangsung Mac ini atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) .

Melalui laporan tersebut, Facebook Gaming/Oculus juga mengumumkan yang mana mereka juga tidak akan ke acara tersebut atas sebab yang sama.

Semestinya perkara ini adalah tidak mengejutkan di mana seperti biasa, Sony menyatakan bahawa mereka tidak akan mengambil risiko untuk ke acara tersebut atas sebab keselamatan pekerja mereka.

Manakala Facebook pula menyatakan mereka masih merancang untuk mengadakan sesi pengumuman secara digital melalui atas-talian ketika acara GDC berlangsung sebagai langkah keselamatan terhadap pekerja. Meskipun begitu mereka akan berkongsi informasi informasi berkenaannya kelak.

Semestinya wabak koronavirus merupakan satu wabak yang sangat serius dengan jumlah kes melebihi 70,000 seluruh dunia dengan jumlah kematian yang sudah pun hampir 3,000.

Dengan keadaan sebegini, kami di Aksiz juga berharap seluruh warga Malaysia agar berhati-hati dengan wabak ini dan tidak ke sebarang acara mahupun negara yang mempunyai kes yang tinggi atas sebab keselamatan.

Sohor Kini