Informasi Permainan Video Terkini
Bigetron Esports Umum Pasukan Bigetron Malaysia Secara Rasmi – Boyka Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Bigetron Esports Umum Pasukan Bigetron Malaysia Secara Rasmi – Boyka Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Diterbitkan pada Feb 24, 2020 oleh .

Pasukan Bigetron dari Indonesia semestinya tidak asing buat anda yang mengikuti arena eSukan di mana pasukan Bigetron RA sebelum ini meraih juara buat kejohanan PUBG Mobile Clup Open 2019 Fall Split di mana mereka membawa pulang wang hadiah sebanyak RM751,000.

Terkini, Bigetron mengumumkan yang mana mereka akan memperluaskan lagi pasukan tersebut dengan membuka satu pasukan khas Bigetron di Malaysia, sebagai Bigetron Malaysia.

Dengan pengumuman ini, jurulatih PUBG Mobile terkenal buat pasukan Bigetron RA iaitu Khairunnazri Bin Masli (Boyka) juga diumumkan sebagai ketua pegawai eksekutif pasukan tersebut. Menurut beliau, beliau sangat berbesar hati untuk diberi peluang untuk merealisasikan impian beliau untuk membina dan memupuk pemain Malaysia dengan sokongan Bigetron Esports.

Menurut kenyataan rasmi Edwin Chia iaitu ketua pegawai eksekutif Bigetron Esports, tindakan ini adalah hasil daripada peminat di Malaysia yang semakin meningkat dan mereka berminat untuk memperluaskan lagi pasaran Bigetron di Malaysia.

Dengan ini, segala urusan Bigetron Esports di Malaysia, akan terus diuruskan oleh Bigetron Malaysia sendiri yang terdiri daripada Boyka sendiri sebagai CEO, Albar Fahreza (Hijrah), Mohammad Zulfadli Bin Abdul Rahman (ZullyxGaming), Kevin Kay Meng Chuan (KevinxGaming) dan Mohammad Naim Bin Wahid (Naeem).

Untuk segala informasi lanjut, anda boleh mengikuti sosial media rasmi Bigetron Malaysia di Facebook dan Instagram.


TIPS & ULASAN