Skip to main content

Setelah pengumuman rasmi dua pasukan dari Malaysia akan ke kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) musim ke-5 sebelum ini, terkini 3 lagi pasukan dari Singapura akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu Notorious Villans, Resurgence dan Siren Esports.

Bersempena dengan itu, Moonton juga mengumumkan secara rasmi jadual kejohanan tersebut yang mana ianya akan bermula 29 Februari 2020 ini sehingga 5 April ini di mana 10 pasukan akan bertempur untuk merebut markah tertinggi untuk ke peringkat Playoffs yang bakal berlangsung pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Menurut Moonton, separuh daripada wang hadiah tersebut akan disediakan sebagai hadiah perlawanan melalui insentif mingguan semasa musim liga dan wang hadiah selebihnya akan di bahagikan ketika Playoffs pada April kelak.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, MPL Musim ke-5 ini akan menyediakan wang hadiah terkumpul sehingga RM410,000 yang mana semestinya menjadi tumpuan utama untuk kesemua pasukan yang terlibat.

Dengan pengumuman ini, senarai rasmi pasukan bagi MPL Musim Ke-5 ini juga disahkan iaitu ia terdiri daripada 6 pasukan daripada Malaysia dan 4 pasukan daripada Malaysia iaitu:

  • Todak
  • Axis Esports
  • Geek Fam
  • Team Bosskur
  • Makan Cendol
  • Orange Esports
  • Notorious Villains
  • Resurgence
  • Siren Esports
  • EVOS SG

Pada masa yang sama Moonton juga mengumumkan siri web baharu yang akan mula disiarkan pada 5 Mac 2020 ini bersempena dengan MPL Musim ke-5 ini. Siri tersebut akan mempunyai 7 episod dan dihasilkan dengan kerjasama eGG network.

Bagi anda yang ingin menyaksikan kejohanan ini, anda boleh ke laman Facebook rasmi Mobile Legends untuk kesemua informasi lanjut di samping memberi sokongan terhadap pasukan pilihan anda.

Leave a Reply