Jon Favreau iaitu penerbit dan pencipta untuk siri The Mandalorian yang ditayangkan di Disney+ minggu ini berkongsi bagaimana kesan visual efek siri tersebut dihasilkan.

Melaluinya, beliau memperlihatkan bagaimana enjin permainan pelbagai permainan ternama, iaitu Unreal Engine oleh Epic Games digunakan sebagai alat utama untuk menghasilkan latar belakang, kesan visual efek dan sebagainya buat siri tersebut.

Seperti yang anda lihat video di atas, kesan visual efek tersebut juga dihasilkan dengan masa nyata di mana ianya bukan sahaja memudahkan sesi pasca-produksi tanpa memerlukan suntingan yang besar selepas rakaman. Konsep ini juga menjadi lebih mudah kerana rakaman tidak lagi perlu dilakukan di lokasi berasingan di mana ianya juga terus mempercepatkan sesi rakaman dengan hanya dilakukan di dalam studio sahaja.

Semestinya teknologi ini adalah sesuatu yang pasti akan mengubah industri perfileman dan menggunakan enjin permainan, semestinya kita boleh lihat bagaimana kedua-dua industri ini bergerak dan menyokong antara satu sama lain.

The Mandalorian telah pun dilancarkan melalui Disney+ dengan sejumlah 8 episod. Disney dan LucasFilm juga mengesahkan musim kedua siri ini akan tiba Oktober ini.

Sohor Kini