Tahun lepas, dokumentari berdasarkan permainan Tony Hawk’s Pro Skater diumumkan akan diadakan melalui kempen biayasama IndieGogo yang mana ianya gagal untuk mendapatkan dana.

Meskipun begitu, dokumentari tersebut masih lagi diteruskan oleh Ralph D’Amato iaitu bekas penerbit Neversoft iaitu pembangun untuk permainan tersebut bersama Ludvig Gur untuk menghasilkan dokumentari yang bertajuk “Pretending I’m a Superman – The Tony Hawk Video Game Story”.

Buat masa ini, dokumentari ini akan ditayangkan di Ameria Syarikat sahaja dan kami percaya ianya akan dilancarkan secara global selepas tayangannya di Mammoth Lakes pada 29 Februari ini.

Berdasarkan laporan, dokumentari ini akan menyertakan Tony Hawk sendiri bersama-sama dengan beberapa pemain papan luncur lain seperti Rodney Mullen, Chad Muska dan sebagainya yang mana mereka akan berkongsi yang bagaimana sukan papan luncur menjadi satu jenama ikon beberapa tahun lepas, termasuklah siri permainan video Tony Hawk’s Pro Skater sendiri.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan secara rasmi.

Sohor Kini