Tahun lepas, Netflix mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan siri Netflix khas berdasarkan Transformers: War For Cybertron dan kini, video acah pertama buat siri tersebut akhirnya dipertontonkan secara rasmi.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, animasi tersebut adalah hasil kerjasama antara Rooster Teeth dan Polygon Pictures dimana mereka juga sebelum ini terlibat dengan siri animasi Godzilla di Netflix.

Bagi anda yang baru dengan siri War For Cybertron, ianya salahnya adalah permainan video yang dilancarkan beberapa tahun lepas di PC dan konsol oleh High Moon Studios.

Melalui siri ini, kelihatan ianya akan memfokuskan era tersebut di mana watak-watak Transformers seperti Optimus Prime, Megatron dan sebagainya, berperang di planet Cybertron sebelum ianya musnah, sebelum mereka mula menyambung peperangan mereka di bumi.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan namun siri ini disahkan akan tiba secara eksklusif di Netflix dengan beberapa bahagian, bermula dengan bahagian pertama, Siege yang diacahkan di atas.

Sohor Kini