Seperti yang dijanjikan oleh Netflix sebelum ini dan selepas kejayaan siri The Witcher, Netflix minggu ini mengumumkan yang mana produksi untuk musim kedua siri tersebut akhirnya akan bermula bulan ini. Menurut Netflix, musim kedua The Witcher dirancang untuk ditayangkan pada 2021 dengan sejumlah 7 episod.

Melaluinya barisan pelakon dari musim pertama akan kembali seperti Henry Cavill, Anya Chalotra, Freya Allan dan semestinya Joey Batey. Selain itu, barisan pelakon-pelakon dari musim pertama seperti watak Stregobor dan Tissaia juga bakal kembali untuk memegang watak-watak asal mereka.

Menariknya juga, Netflix juga mengumumkan barisan pelakon baharu khas bakal tiba pada musim kedua ini yang terdiri daripada:

  • Yasen Atour sebagai Coen
  • Agnes Bjorn sebagai Vereena
  • Paul Bullion sebagai Lambert
  • Thue Ersted Rasmussen sebagai Eskel
  • Aisha Fabienne Ross sebagai Lydia
  • Kristofer Hivju sebagai Nivellen
  • Mecia Simson sebagai Francesca

Siri ini juga akan diarah oleh pelbagai pengarah untuk beberapa episod termasuklah Stephen Surjik, Sarah O’Gorman, Ed Bazalgette dan Geeta V. Patel.

Menurut penerbit eksekutif, Lauren Schimidt Hissrich, beliau sangat berbesar hati selepas kejayaan musim pertama dan reaksi peminat terhadap Siri Netflix The Witcher ini yang mana sekaligus ianya meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk menyediakan barisan pelakon baharu. Beliau juga tidak sabar untuk melihat penceritaan baharu musim kedua The Witcher dengan pengarah dan barisan watak-watak baharu buat peminat.

Siri Netflix The Witcher sudah pun ditayangkan di Netflix di mana bagi anda yang masih belum menontonnya, anda mungkin berminat untuk menonton ulasan kami di bawah dahulu untuk mengetahui pendapatkan kami berkenaannya.

Sohor Kini