Informasi Permainan Video Terkini
EA Mengumumkan Kejohanan CONMEBOL Libertadores Akan Hadir Ke FIFA 20 Mac Ini
PC

EA Mengumumkan Kejohanan CONMEBOL Libertadores Akan Hadir Ke FIFA 20 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 21, 2020 oleh .

CONMEBOL Libertadores ataupun Copa Libertadores merupakan kejohanan terbesar bagi kelab-kelab di Amerika Selatan, ia boleh dikatakan sebagai bersamaan dengan UEFA Champion League.

EA hari ini mengumumkan yang kejohanan tersebut akan tiba ke FIFA 20 sebagai penambahan percuma yang akan tiba pada 3 Mac 2020 untuk semua platform kecuali Switch. Melalui kemaskini beberapa penambahan akan disertakan;

  • Mod Kejohanan baharu yang membolehkan pemain bermain dari peringkat awal sehingga peringkat akhir.
  • Pemain juga boleh merasai kehangatan separuh akhir serta peringkat kumpulan melalui jenis perlawanan terbaru bagi mod Kick Off.
  • Kejohana ini akan disertakan di dalam mod Career dan FIFA Ultimate Team.

FIFA 20 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN