Skip to main content

SCRYsoft dan Angry Mob Games hari ini mengumumkan yang mana permainan Brawlout akan dilancarkan secara rasmi buat pasaran Malaysia di konsol PlayStation 4 bermula 26 Mac 2020 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Switch, namun terhad kepada pasaran luar negara sahaja. Sekaligus bagi pemain Malaysia di konsol yang ingin dapatkannya ianya boleh diimport sahaja. Namun versi PC masih boleh dimainkan buat pasaran tempatan memandangkan ianya dijual secara digital melalui Steam.

Terkini, dengan secara rasminya ia bakal tiba buat pasaran Malaysia, SCRYsoft menyatakna ia akan dilancarkan secara digital dan fizikal melalui versi Deluxe, yang mana ianya akan menyertakan kesemua watak-watak DLC yang dilancarkan sebelum ini termasuklah kostum eksklusif Biker Olaf.

https://www.youtube.com/watch?v=p7O6Y7ZHHug&feature=youtu.be

Brawlout adalah permainan perlawanan yang memfokuskan bentuk platform pertempuran Royale seakan siri Super Smash Brothers di mana ianya juga boleh dimainkan secara multi-pemain secara luar-talian ataupun atas-talian.

Dengan menyertakan 18 watak daripada pelbagai siri permainan termasuklah watak sendiri, permainan ini akan menyertakan kepelbagaian kemahiran berdasarkan watak-watak yang tersedia.

Berikut adalah senarai kandungan DLC yang disertakan melalui edisi Deluxe ini:

  • Kostum eksklusif Biker Olaf
  • Kelengkapan eksklusif: Topeng Snorkel, Itik Kembung, Fon kepala Arnab, Cermin Mata Parti
  • Emote Mengejek: GG, Hype, Such Skill
  • Versi Watak tambahan: Mako, Funkmaster, Gancho Puncho, Sting’ra, Ripjack

Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini di konsol PlayStation 4 secara digital mahupun fizikal, anda boleh dapatkannya bermula bulan hadapan.

Leave a Reply