Private Division hari ini mengumumkan yang mereka menubuhkan satu studio baharu di Seattle untuk membangunkan Kerbal Space Program 2. Studio baharu tersebut akan menyertakan pembangun asal permainan tersebut, antaranya adalah Ketua Studio Jeremy Ables, Pengarah Kreatif Nate Simpson dan Ketua Penerbit Nate Robinson.
Mereka sebelum ini mendapat hak untuk permainan tersebut daripada Squad dan sebelum ini mengumumkan studio Star Theory yang akan membangunkan permainan tersebut, dengan perkembangan terbaru ini tidak pasti apa yang seterusnya untuk Star Theory.
Bagi tarikh pengeluaran pula, mereka sekadar mengatakan ia mensasarkan tahun fiskal 2021 iaitu bermula pada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.