Skip to main content

Seperti yang dijanjikan awal minggu ini, Nintendo mengadakan satu acara penstriman khas buat permainan akan datang, iaitu Animal Crossing: New Horizon yang mana mereka memperlihatkan sebilangan kemaskini, kandungan baharu dan bentuk permainannya secara rasmi.

https://www.youtube.com/watch?v=KcsiD3nNzA4

Semestinya dengan pelancaran permainan Animal Crossing seterusnya buat konsol Switch akan menyertakan pelbagai kandungan baharu dan seperti yang kami laporkan sebelum ini, Animal Crossing: New Horizons akan memfokuskan pemain untuk ke pulau terbiar dan memulakan hidup baru di sana dengan servis bisnes Tom Nook baharu iaitu Nook Inc. Deserted Island Getaway Package.

Antara fungsi baharu adalah pemain kini berupaya untuk mengubah-suai perabot dengan pelbagai rekaan dari segi warna, pelekat dan juga pemain berupaya untuk menghasilkan barangan khas melalui resipi yang pemain boleh dapatkan.

Selain itu, permainan ini juga akan memperkenalkan NookPhone, iaitu telefon pintar yang pemain boleh gunakan untuk melihat peta, mengambil gambar dan juga menggunakan fungsi teleportasi untuk ke lokasi yang berbeza.

Seperti biasa, Animal Crossing: New Horizons juga bakal menerima aplikasi sokongan khas untuk pernati telefon pintar anda secara nyata yang dipanggil NookLink di mana anda boleh menggunakannya untuk dapatkan barangan khas dari permainan Animal Crossing sebelum ini disamping menggunakannya untuk fungsi sembang suara.

Animal Crossing: New Horizons juga akan memperkenalkan beberapa fungsi pembinaan pulau yang pemain boleh lakukan seperti mengubah bukit-bukau, mengembang tanah atau jalan dan sebagainya.

Dari segi bentuk jumlah pemain, permainan ini menyokong sehingga 8 pemain untuk 1 pulau, dan ianya boleh dimainkan secara 4 pemain serentak melalui 1 konsol Switch dan 4 alat kawalan JoyCon.

Pemain juga boleh melawat pulau pemain lain, dan juga berkawan dengan pemain-pemain lain dengan meninggalkan mesej dan sebagainya.

Nintendo juga menjanjikan pelbagai kandungan baharu yang akan dilancarkan selepas permainan ini tiba pada bulan Mac ini bermula dengan kandungan pertama iaitu hari Bunny yang akan berlangsung pada April buat mereka yang mendapatkan kemaskini bulan Mac.

Mereka juga menjanjikan pelbagai kandungan akan datang, termasuklah buat mereka yang bermain permua Animal Crossing: Pocket Camp dan pelbagai acara-acara bermusim secara percuma.

Selain itu, seperti yang diumumkan sebelum ini, acara ini juga sekali lagi memperlihatkan Nintendo Switch khas dengan rekaan Animal Crossing: New Horizons yang bakal tiba awal seminggu sebelum permainan ini dilancarkan iaitu pada 13 Mac 2020. Namun, Switch rekaan ini tidak akan menyertakan permainan Animal Crossing.

Untuk menonton keseluruhan Nintendo Direct tersebut anda boleh ke video di atas yang berdurasikan sekitar 30 minit tersebut di mana Tom Nook menerangkan fungsi-fungsi permainan ini secara lebih terperinci.

Animal Crossing: New Horizons akan dilancarkan secara eksklusif di konsol Switch bermula 20 Mac 2020 ini.

Leave a Reply