Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Musim Ke-2 Fortnite Chapter 2 Memperlihatkan Kostum Deadpool

Video Acah Musim Ke-2 Fortnite Chapter 2 Memperlihatkan Kostum Deadpool

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Fortnite Chapter 2 Musim ke-2 akan bermula tidak lama lagi, dan buat masa ini, permainan tersebut sudah tidak boleh diakses kerana masa henti untuk kemaskini ini.

Namun, semasa kita menantikan musim baharu ini bermula, Epic Games Store telah berkongsi video acah yang memperlihatkan beberapa kostum yang akan hadir termasuk juga kostum Deadpool.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah, yang menggunakan tema “spy”.

Buat masa ini, tidak disahkan lagi jika kostum Deadpool tersebut akan disertakan sebagai Battle Pass, ataupun ditawarkan melalui kedai dalam permainan atau sebagai ganjaran untuk menyelesaikan cabaran.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk hampir semua platform dan musim baharu ini dijangkan akan bermula dalam masa beberapa jam lagi.


TIPS & ULASAN