Informasi Permainan Video Terkini
PS Store Menganjurkan Jualan Promosi “Critics’ Choice” – Dapatkan Permainan Terbaik Dengan Harga Diskaun

PS Store Menganjurkan Jualan Promosi “Critics’ Choice” – Dapatkan Permainan Terbaik Dengan Harga Diskaun

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

PlayStation Store bermula minggu ini telah menganjurkan jualan promosi “Critics’ Choice” di mana ia menawarkan permainan-permainan terbaik daripada beberapa tahun lepas dengan harga promosi.

Ia juga menawarkan pelbagai permainan yang baru sahaja dikeluarkan beberapa bulan lepas. Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Death Stranding – RM167.30
  • God of War – RM64.50
  • Nier: Automata – RM84.50
  • Resident Evil 2 – RM110.88
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – RM168.96
  • Marvel’s Spider-Man GOTY – RM84.50
  • Red Dead Redemption 2 – RM84.50
  • Days Gone – RM84.50
  • Need for Speed Heat – RM132
  • Borderlands 3 – RM126.50

Tawaran ini adalah sehingga 3 Mac 2020 sahaja, jadi dapatkan permainan yang anda inginkan sebelum terlambat.

PS Store: Jualan Promosi “Critics’ Choice”


TIPS & ULASAN