Informasi Permainan Video Terkini
DLC Fantastic Four Untuk Marvel Ultimate Alliance 3 Tiba Mac Ini

DLC Fantastic Four Untuk Marvel Ultimate Alliance 3 Tiba Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan yang pek DLC terakhir untuk pas penambahan bagi permainan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order, iaitu Fantastic Four: Shadow of Doom akan tiba pada 26 Mac 2020.

Pek ini menyertakan watak-watak baharu iaitu Fantastic Four (Mr Fantastic, Human Torch, Invisible Woman dan The Thing). Penceritaan DLC ini pula mengenai mereka berdepan dengan Doctor Doom.

Pemain boleh mendapatkan DLC ini melalui pas penambahan yang menyertakan 3 pek DLC dengan harga $19.99(RM83). Dua pek DLC sebelum ini yang memfokuskan Marvel Knights dan X-Men telah dikeluarkan pada September dan Disember tahun lepas.


TIPS & ULASAN