Informasi Permainan Video Terkini
Sony Memfailkan Paten Alat Kawalan VR Yang Menjejak Jari

Sony Memfailkan Paten Alat Kawalan VR Yang Menjejak Jari

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Satu paten yang difailkan oleh Sony telah diterbitkan, ia adalah untuk alat kawalan VR yang menjejak jari. Paten ini telah difailkan pada tahun 2018, dan baru sahaja diterbitkan pada bulan ini.

Gambar lukisan untuk paten tersebut boleh dilihat di bawah.

Rekaan alat kawalan VR yang menjejak jari bukanlah satu perkara yang baru, ia sudah hadir untuk VR di PC sebelum ini. Dengan menjejak jari, ia akan membantu untuk mengesan jika pemain melakukan pergerakan seperti menggenggam ataupun melepaskan barang.

Namun, ia adalah sesuatu yang baharu untuk PlayStation VR. Mungkin ini adalah PlayStation Move baharu ataupun satu alat kawalan baharu yang akan hadir bersama dengan model baharu untuk PSVR.

Sony juga sebelum ini telah memfailkan paten untuk set kepala realiti maya tanpa wayar yang dikatakan mungkin adalah rekaan untuk PSVR 2.

Buat masa ini, Sony tidak mengeluarkan sebarang pengumuman mengenai PSVR baharu, akan tetapi ada ura-ura mengatakan ia akan hadir bersama dengan PlayStation 5 pada hujung tahun ini.


TIPS & ULASAN