Informasi Permainan Video Terkini
Dangerous Driving 2 Diumumkan Akan Tiba Pada Akhir Tahun Ini Untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC

Dangerous Driving 2 Diumumkan Akan Tiba Pada Akhir Tahun Ini Untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Three Fields Entertainment minggu ini mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan permainan seterusnya buat siri Dangerous Driving iaitu Dangerous Driving 2 pada hujung tahun ini untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Dangerous Driving merupakan permainan yang mengambil inspirasi daripada siri permainan Burnout, ia dikeluarkan pada tahun lepas dan dibangunkan oleh bekas pasukan pembangun untuk Burnout.

Berdasarkan perkongsian ringkas, mereka mengatakan Dangerous Driving 2 akan menyertakan bentuk permainan dunia terbuka, multi-pemain secara pembahagian skrin dan juga secara dalam talian.


TIPS & ULASAN