Kita masih tidak menerima tarikh pengeluaran buat permainan Captain Tsubasa: Rise of New Captain, akan tetapi Bandai Namco hari ini berkongsi satu video acah baharu yang memfokuskan pengenalan kepada beberapa watak yang hadir di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Antara watak yang diperlihatkan adalah Shun Nitta, Makoto Soda, Adik-beradik Tachibana, Hiroshi Jito, Mitsuru Sano, Hikaru Matsuyama dan Kojiro Hyuga.

Captain Tsubasa: Rise of New Champion akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC sekitar tahun ini.

Sohor Kini