PlayStation sebelum ini mengumumkan bakal menghadiri PAX East dan memperlihatkan beberapa permainan seperti Final Fantasy VII Remake dan juga The Last of Us II.
Namun, hari ini mereka mengumumkan pembatalan penglibatan mereka di PAX East kerana wabak koronavirus (Covid-19). Mereka mengatakan ia adalah keputusan yang perlu dibuat bagi memastikan keselamatan untuk pekerja mereka.
Ini merupakan satu berita yang agak mengecewakan, terutama bagi yang berhajat untuk mengunjungi PAX East akan tetapi ia juga mungkin satu keputusan yang baik untuk dilakukan.
Buat masa ini tiada syarikat lain yang membuat keputusan yang sama, Larian Studio baru sahaja mengumumkan yang mereka akan memperlihatkan bentuk permainan Baldur’s Gate 3 di acara tersebut.